Salam Syawal,
Hari ni rajinnya nak bercerita pasal makeup korang orang perempuan. Tetiba nak tulis sebab saya ada tengok kat majlis kawin tu banyak gilerr dia guna berus makeup. Entah macam mana mak andam boleh ingat satu-satu dalam minda dia.. Maklumlah, orang dalam niches kecantikkan memangla tau semua pasal benda ni. Bukan takat berus makeup je u olss, bedak, concealer, blusher, eyeshadow dan banyak lagi. Tak sempat saya nak hafal semua.
Korang mesti nak torch up muka kasi cantik ? Menawan tertawan, shine bright like diamond kan. Tak dinafikan tanpa berus makeup yang sesuai sukar nak apply make up kat muka. Saya tak pakai makeup so saya tak tahu. Tengok orang bersolek tu ada lah :) Dalam beg makeup korang dah ada berus macam mana ? Soal berus kena ambil kisah juga. Solekan menawan untuk hari istimewa ~~ cehh macam iklan Simplysiti la pulak.
Berus makeup 24 jenis dari sini
Untuk bermakeup memerlukan berus makeup asas seperti berikut :
BERUS BEDAK – Membolehkan pembentukkan kontur bersudut seperti di leher dan dada. Amat sesuai untuk sebatian produk bedak padat.
BERUS PEMBENTUK PEMBAYANG MATA – Sesuai digunakan untuk sapuan pembayang mata dan shading. Berusnya berbentuk empat segi yang padat tapi lembut membolehkan sapuan yang tepat dan juga penyebaran pembayangan mata. Sesuai untuk pembayang mata jenis serbuk.
BERUS PEMBAYANG MATA – Untuk sapuandan juga sebatikan rona pembayang mata. Ia juga sebatikan kombinasi dua rona pembayang mata.
BERUS PERAPI KENING – Mengaplikasi warna ke atas kening. Diguna untuk memberi definisi. Hujungnya tirus membolehkan sapuan secara halus.
BERUS GINCU – Amat sesuai untuk aplikasi produk berasaskan bahan berminyak. Ia juga untuk calitan gincu dan pelembab bibir. Mewarna bibir dengan mudah dan menyebar warna gincu dengan sekata.
PUTIK SPAN PEMBAYANG MATA – Untuk aplikasi bedak tabor, cairan dank rim. Hujungnya berbentuk titisan air mata membolehkan cara kombinasi produk yang lembut terutama di bahagian kelopak mata.
SIKAT KENING DAN PERAPI – Untuk perapian bulu mata dan kening supaya kelihatan sempurna.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!