Resepi Ikan Cencaru Sumbat Mudah & Happycall

Hai. Resepi bersama.Happycall.. Ringkas gaya suri rumah!!


Resepi Ikan Bakar Air Asam Bersama Happycall 32CM

Salam,

' Suka Makan Ikan Bakar Buat Sendiri? '
.

Hari ni sy cuba resepi ikan bakar bersama dgn air asam sebagai sos penyicah.. Confirm sedap dimakan sewaktu lunch!!..

Resepi Biskut Dahlia

Salam,

Saya suka makan biskut Dahlia. Resepi yang saya cari kat Google sahaja.. Biskut dahlia ni yang susahnya nak buat bunga dia. Kalau pergi hari raya masa tu, ramai jiran-jiran buat biskut dahlia ni sebab dia tak de lah berminyak sangat masa makan. Rasa pun ranggup dan sedap !

Sumber : Rasa

Khasita Kayu Manis

Khasiat Kayu Manis

Menurut kajian perubatan yang dijalankan di Kanada (Januari 1995), campuran madu asli dan kayu manis ni mampu mencegah serta merawat 14 jenis penyakit.

1. Jerawat

Campurkan 3 sudu madu asli dan 1 sudu kayu manis. Sapukan di bahagian berjerawat. Kulit anda akan terasa segar, awet muda dan juga merawat masalah kulit seperti ekzema.

2. Sakit perut

Campuran madu dan kayu manis boleh melegakan sakit perut serta membersihkan perut. Ia membantu membuang angin di dalam perut. Di samping tu, ia boleh menurunkan berat badan.

Petua Atasi Blackhead

Salam readers,

Hari ni  saya mahu bercerita mengenai tips mengatasi blackhead dan juga whitehead. Memang perkara ini sangat dititikberatkan oleh wanita diluar sana kerana masalah ini akan mengganggu aktiviti harian anda. Blackhead ni memang suka tumbuh kat muka terutama di kawasan hidung. Malu kalau orang tengok kan ?

Untuk pengetahuan anda, blackhead ni berbeza dengan whitehead. Blackhead adalah seperti yang anda nampak kat hidung, memang mudah nampak yang warna hitam tu. Manakala whitehead seumpama nanah yang belum terjadinya jerawat. 

Memang korang akan sental muka korang dengan skrub muka kan untuk buang benda alah ni. Tapi skrub yang kerap boleh merosakkan kulit muka kerana beads ( manik ) halus itu berupaya membuatkan muka anda jadi kasar. Seeloknya, skrub sekali atau dua kali seminggu.

Penjagaan muka bagi mereka yang ada blackhead dan whitehead tidaklah sesukar mana jika anda pandai memilih produk yang sesuai dengan kulit anda. Anda harus ingat untuk mencuci muka agar kekotoran dan minyak lebihan yang tersumbat dapat dikeluarkan. 

Ini mungkin memerlukan penjagaan kulit yang bersesuaian dengan kulit anda. Jika anda ingin memicit keluar blackhead, gunalah cara yang betul agar kulit tidak luka dan seterusnya terjadi serangan bakteria. Sedikit tips dari saya, boleh buat facial untuk tujuan ini. Atau gunakan skincare seperti 'srcub'.. 


cc pict : internetprovisionstore

Panduan Borong Di China

As salam,

Negara China semestinya menjadi fokus utama bagi mereka yang seringkali mahukan kos produk yang murah dan berkualiti. Apa yang anda mahukan, semua boleh dibeli di China. Berita baiknya, sekarang anda tak pelu ke negara tembok besar itu untuk memborong barang dagangan anda. Satu keperluan, kebanyakkan orang  sekarang suka berniaga online. Tidak salah untuk anda memerhatikan barangan yang popular dan menarik perhatian pembeli dari negara China.

Kini, anda boleh jana wang menerusi online sahaja !!


p/s : Laman web Taobao.Com

Berus Makeup Murah Pilihan Wanita

Salam Syawal,

Hari ni rajinnya nak bercerita pasal makeup korang orang perempuan. Tetiba nak tulis sebab saya ada tengok kat majlis kawin tu banyak gilerr dia guna berus makeup. Entah macam mana mak andam boleh ingat satu-satu dalam minda dia.. Maklumlah, orang dalam niches kecantikkan memangla tau semua pasal benda ni. Bukan takat berus makeup je u olss, bedak, concealer, blusher, eyeshadow dan banyak lagi. Tak sempat saya nak hafal semua.

Korang mesti nak torch up muka kasi cantik ? Menawan tertawan, shine bright like diamond kan. Tak dinafikan tanpa berus makeup yang sesuai sukar nak apply make up kat muka. Saya tak pakai makeup so saya tak tahu. Tengok orang bersolek tu ada lah :) Dalam beg makeup korang dah ada berus macam mana ? Soal berus kena ambil kisah juga. Solekan menawan untuk hari istimewa ~~ cehh macam iklan Simplysiti la pulak.


Berus makeup 24 jenis dari sini 

Untuk bermakeup memerlukan berus makeup asas seperti berikut :

BERUS BEDAK – Membolehkan pembentukkan kontur bersudut seperti di leher dan dada.  Amat sesuai untuk sebatian produk bedak padat.


BERUS PEMBENTUK PEMBAYANG MATA – Sesuai digunakan untuk sapuan pembayang mata dan shading.  Berusnya berbentuk empat segi yang padat tapi lembut membolehkan sapuan yang tepat dan juga penyebaran pembayangan mata.  Sesuai untuk pembayang mata jenis serbuk.


BERUS PEMBAYANG MATA – Untuk sapuandan juga sebatikan rona pembayang mata.  Ia juga sebatikan kombinasi dua rona pembayang mata.


BERUS PERAPI KENING – Mengaplikasi warna ke atas kening.  Diguna untuk memberi definisi.  Hujungnya tirus membolehkan sapuan secara halus.


BERUS GINCU – Amat sesuai untuk aplikasi produk berasaskan bahan berminyak.  Ia juga untuk calitan gincu dan pelembab bibir.  Mewarna bibir dengan mudah dan menyebar warna gincu dengan sekata.



PUTIK SPAN PEMBAYANG MATA – Untuk aplikasi bedak tabor, cairan dank rim.  Hujungnya berbentuk titisan air mata membolehkan cara kombinasi produk yang lembut terutama di bahagian kelopak mata.


SIKAT KENING DAN PERAPI – Untuk perapian bulu mata dan kening supaya kelihatan sempurna.

Iklan Tajaan




Blog www.ShafiqRaduan.com | 2013-2024