Dalam memasarkan produk bakeri, pemasaran sangat penting. Malah ada rahsia mereka yang menjadi Jutawan dalam bidang bakeri. Kebanyakan tempat bidang bakeri dikuasai oleh kaum Cina. Kaum India sangat kurang terlibat dalam bidang ini. Ya, kini ramai bakeri Melayu bergelar jutawan.
Antaranya pengeluar Kek Coklat Anis dan juga pengeluar produk jenama Mek Siti dari Kelantan.
Kini mula kebangkitan bakeri Melayu dengan konsep berjemaah atau berkumpulan. Terus terang anda tidak akan kaya dengan menjual sendiri produk anda. Mungkin boleh kaya tapi ia memakan masa bertahun-tahun.
Jadi Bagaimana Nak Berjemaah dalam Bisnes Bakeri?
Produk keluaran bakeri Melayu sangat tinggi permintaan kerana kuasa beli orang Melayu sangat tinggi. Inilah antara faktor peniaga Cina sangat menjaga pelanggan Melayu mereka.
Kini di pasaran produk bakeri daripada bangsa Melayu yang dulunya bermula secara kecil kecilan kini bertambah besar dan berkembang dengan sangat pesat.
Faktor Utama:
1. Sedap
2. Halal
3. Pasaran yang betul
4. Chanel pemasaran yang betul.
Apa yang perlu anda buat ialah membentuk channel pemasaran anda. Apa yang kami belajar daripada Pakar Pemasaran seperti Dr. Azizan dan Puan Ainon Mohd. Bentukkan channel pengedar dan pemasaran.
Dalam Ainon Business School (ABS), chapter dibentuk di setiap daerah sebagai saluran pemasaran produk. Dengan adanya channel atau agen ini, produk lebih mudah dipasarkan dan kos pemasaran boleh dikurangkan kerana ia dikongsi oleh channel yang dibentuk tersebut.
Asingkan Tim Pemasaran & Tim Pembuatan
Anda perlu bentuk dua entiti dalam perniagaan anda, iaitu tim pemasaran yang akan memasarkan produk dan juga Tim Pembuatan. Ia tidak boleh individu yang sama.
Ramai yang salah langkah yang kononnya jika kita buat semua, kita akan untung banyak. Ia sebenarnya salah. Berapa banyak yang mampu anda jual sendiri?
Berbeza jika membentuk channel, anda mungkin boleh menjual beribu produk anda sehari. Contohnya anda mengeluarkan roti. Roti anda sangat lembut dan sedap. Sebanyak mana yang boleh anda jual sehari? Malah dalam bidang bakeri, walk in customer agak terhad. Sebab ini banyak yang buka kedai bakeri lingkup kerana tidak sempat nak rolling modal.
Malah kos membuka kedai bakeri sangat tinggi!
Bentukkan Agen atau Chanel Pengedaran
Anda tidak semestinya perlu membuka kedai. Anda boleh menjimatkan kos operasi dengan bermula dengan rumah. Apa yang perlu anda buat ialah lantik agen jualan produk anda.
Anda boleh deal dengan peniaga lain dan menawarkan komisen terhadap produk anda yang terjual. Contohnya anda menjual roti pada harga RM1.20, Anda berikan komisen 20sen kepada agen atau chanel anda dan anda dapat RM1.00.
Dalam kes roti, anda boleh deal dengan kedai makan 24 jam, mak cik kantin sekolah untuk memasarkan roti anda. Jika anda menjual sendiri, 20 biji roti susah nak habis. Jadi jualan anda mungkin hanya RM24 sahaja.
Dengan adanya channel yang banyak, anda boleh menjual ribuan biji roti sehari. Jika setiap channel berjaya menjual 20 biji roti sehari, anda sudah mendapat RM20 daripada satu chanel.Andainya anda mempunyai 100 agen yang menjual 20 biji roti, anda sudah menjual 2000 biji roti dengan jualan sebanyak RM2000 sehari.
30 hari? RM60,000!!!! Itu sebulan
Jadi kalau 1 tahun - RM720,000.00,
Nak 1 juta pertama? Lebih kurang 17 bulan.
Tapi itu atas kertas la, dalam dunia sebenar ada banyak cabaran lain yang perlu dihadapi. Ia perkara biasa dalam perniagaan.
Oh.. kami belum sampai tahap itu. :). Tapi sudah ada beberapa orang yang kami tahu sudah mencapainya. Channel kami ada sekarang masih sedikit dan kami sedang berusaha menambah channel dan produk.
Sekarang anda sudah nampak bukan bagaimana berbisnes dengan berjemaah. Malah ia tidak terhad kepada 1 produk sahaja. Anda boleh menggunakan channel sedia anda untuk menjual produk yang lain. Sebab anda sudah "kamching" dengan peniaga berkenaan.
Ia boleh dilaksanakan pada mana-mana produk yang anda anda hasilkan. Tidak mengapa bermula secara kecil-kecilan.
Anda nampak bagaimana orang kaya dalam bidang bisnes bakeri? Anda bila nak mula?
Takkan Tengok Aje...
Mari lihat bagaimana Puan Shida berjaya dengan bisnes bakeri Cupcakes nya, Mai Klik sini.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!