Antara Menu Makan Tengahari di Sekolah Seluruh Dunia

Hi, assalam.

Makanan snek yang diambil oleh anak-anak pada waktu rehat di sekolah bukanlah untuk menggantikan sarapan atau makan tengah hari. Snek yang berkhasiat boleh membantu mengenyangkan mereka sehingga waktu makan tengah hari dan paling penting memberi mereka tenaga yang diperlukan untuk belajar dan melakukan aktiviti di sekolah. Teringat masa kat sekolah dulu. Masa rehat selalu makan nasi lemak !!


Untuk mengajar anak-anak anda bagaimana memilih snek yang lebih sihat, anda mungkin perlu mengunjungi kantin sekolah bersama anak anda dan membantunya memilih jenis makanan yang betul. khususnya jenis makanan yang patut diambil secara lebih kerap sesekali dan seboleh-bolehnya dielakkan sama sekali.


Pernah anda melihat jenis makanan waktu rehat bagi murod-murid sekolah di negara lain? Sangat berbeza dan juga sama sekali tak sama di Malaysia. Mereka tak ada nasi lemak kan. hihi

Ni antara beberapa contoh gambar yang boleh ditatap :


Gambar #1 :

Sekolah rendah Bahria di Rawalpindi menyediakan pelbagai hidangan untuk murid sekolah itu. Pihak sekolah memastikan makanan yang sihat dan menasihatkan ibu-bapa agar tidak memberikan makanan ringan kepada anak-anak mereka.


Gambar #2 :

Sekumpulan pelajar sekolah rendah di Jammu India, tekun berbaris menunggu giliran mendapat makanan percuma sewaktu sesi rehat tengahari. Kebiasaannya hidangan nasi berperisa manisan disajikan.


Gambar #3 :

Seorang pelajar sekolah rendah sempat menjeling barisan kuih yang dijual penjaja berhampiran sekolahnya di Jakarta, Indonesia. Ia sudah menjadi kebiasaan untuk pelajar sekolah awam di negara itu. 



Gambar #4 :

Milagro Ramos, seorang pelajar dari Angela Landa Elementary School di Havana Cuba sedang menatang dulang berisi makanan tengaharinya yang antara lain terdiri dari nasi, ubi, ayam dan kacang pea.


Gambar #5 :

Bagi sekumpulan kanak-kanak Palestin di Nablus, Tebing Barat, mereka memilih roti pita sebagai pilihan makanan tengahari. Turut dibekalkan makanan berempah yang dikenali sebagai zaatar.


Gambar #6 :

Sri seorang pembantu rumah, menunjukkan bekas makan tengahari untuk anak majikannya di sebuah sekolah rendah di Jakarta, Indonesia. Antara yang dihidangkan, nasi, sup bebola daging, taufu dan sayur.

Di Malaysia sendiri, saya pun tak tahu. Mungkin nasi lemak, mungkin roti berintikan kaya, atau mee goreng. Terpulang pada mak masing-masing nak buat bekalan anak-anak.

p/s : Jom sediakan Muffin untuk anak-anak anda bawa bekal ke sekolah. Mudah, ringkas dan senang sekali .. Mari masuk sini Rahsia Buat Muffin !!







No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Blog www.ShafiqRaduan.com | 2013-2024