Salam semua !
Diharapkan you sihat dan ceria di samping dengan keluarga tersayang. Saya ingin bertanya kepada anda, adakah anda telah mempunyai anak? ataupun anda suka makan roti? Kebiasaannya kanak - kanak suka makan roti, kerana rasanya yang lazat.
Adakah Anda Suka Makan Roti ?
p/s : Google punya
Tetapi baru-baru ini saya terbaca satu kenyataan yang berbunyi..
“92% roti dalam pasaran mengandungi bahan kimia berlebihan daripada had yang dibenarkan termasuk bahan lain yang meragukan.…kenyataan ini di petik daripada Persatuan Pengguna Pulau Pinang [CAP]
Tidak hairanlah roti kat kedai tu sedap, lembut dan gebu. Rupanya banyak bahan kimia yang digunakan..
Kenyataan akhbar juga ada menyebut terdapat berus dari bulu babi yang diambil dari kedai menjual kek dan roti; [Berita Harian, Isnin; 1 Disember 2008]
Daripada kenyataan ini, baru saya tahu yang roti kat kedai kebanyakannya tidak selamat untuk dimakan..so apa yang saya perlu lakukan? Saya sangat meminati roti.
Oleh itu, saya telah belajar untuk membuat roti sendiri. Jadi, saya lebih yakin dengan status roti yang saya buat. Tambahan pula boleh makan roti dengan sepuas-puasnya.
Diharap perkongsian ini dapat memberi anda sedikit maklumat dan anda dapat mengambil langkah positif untuk membuat roti sendiri..
Resepi Roti Kentang Dari Saya !
Hari ini saya ingin berkongsi resepi roti yang saya cipta sendiri mengikut teknik pada modul #2 - Kaedah manipulasi bahan. Tidak tahu apa yang saya cakapkan? Jangan risau, anda boleh rujuk pada link di bawah:
ROTI KENTANG
Bahan-bahan doh :
- 500gm tepung
- 10g yis
- 1 biji telur
- 3g bread improver
- 5g garam
- 70g tepung campuran kentang
- 50g majerin
- 30g shortening
- 120g gula kastor
- 350 ml air sejuk
Inti :
- 50g tepung kastad
- 125ml susiu segar
Cara membuatnya :
- Campurkaan tepung kastard bersama susu segar. Kacau sehingga sebati.
- Campurkan bahan - bahan doh seperti tepung, garam, gula, air dan kesemua bahan dan uli sehingga menjadi doh. Rehatkan selama 15 minit.
- Ambil doh dan bentukkan menjadi doh yang kecil seberat lebih kurang 30g, bulatkan dan susun dalam dulang pembakar. Proof selama 1 jam.
- Setelah naik, paipkan atasnya dengan campuran kastad yang telah disediakan sebentar tadi dan bakar selama 25 minint.
- Setelah siap. Boleh lah makan! .. Sedap !!
Diharap anda dapat mencubanya dan semoga berjaya..
Anda boleh juga dapatkan resepi roti yang lain di sini --> [Rahsia Buat Roti Homemade Terbogkar]
"Segalanya Tentang Roti"
Ikhlas dari saya .
Nampak macam senang nak buat tapi nak nak buat macam malas.
ReplyDeleteadarain.com