Panduan Asas Penjagaan Kereta

Kalau kita jaga kereta kita, kereta kita pula akan jaga kita. Berikut adalah tips-tips asas dalam penjagaan kereta dan jika kita mengamalkannya Insya-Allah kurang lah sesi lawatan kereta kita ke bengkel.

Bateri
Kebanyakan bateri kereta sekarang adalah jenis bateri kering dan tidak memerlukan penyelenggaran. Salah satu petanda bateri kereta kita perlu ditukar adalah apabila terdapat masalah ketika menghidupkan enjin.



Tayar

Sebiji tayar yang dipam 35 PSI akan kehilangan 1 PSI sebulan. Oleh itu, pastikan anda memeriksa tekanan tayar kereta anda. Tekanan yang sesuai untuk tayar kereta boleh dilhat di pintu sebelah pemandu. di sisi pintu kereta. Tayar spare tu jangan lupa juga cek yer :)

Seterusnya, periksa tayar anda setiap 10,000 KM supaya tiada kehausan yang tidak rata pada tayar. jika tayar haus, tukar tayar tersebut dan buat alignment jika kereta menyusur ke kiri atau kanan semasa memandu pada jalan yang lurus.


Minyak enjin

Memeriksa dan menukar minyak enjin merupakan perkara yang sangat penting untuk memastikan enjin berfungsi pada tahap yang terbaik dan efisien. Kebiasaannya, minyak enjin perlu ditukar setiap 5,000 KM atau pun 3 hingga 6 bulan.

Periksa paras minyak enjin dan pastikan ia mencukupi. Isi jika kurang pada parasnya. Jangan isi sehingga terlebih kerana ia boleh merosakkan enjin.

Minyak transmisi
Memeriksa minyak transmisi juga merupakan perkara yang sangat penting dengan minyak enjin. Kita boleh memeriksa paras minyak transmisi sama seperti minyak enjin. cari dipstick yang bertanda ATF (automatic transmission fluid). Ia harus diperiksa ketika enjin sedang hidup. Berbeza dengan minyak hitam di mana ia boleh diperiksa ketika enjin mati. Cadangan penukaran minyak hitam adalah pada setiap 40,000 KM bergantung kepada cadangan pengeluar kereta. 


Coolant enjin
Coolent enjin perlu ditukar setiap 50,000KM. Namun formula coolant yang lebih baru boleh bertahan sehingga 80,000 KM. Kesilapan utama kebanyakan pemandu adalah mengisi air di dalam sistem penyejuk enjin. Perkara ini sangat dilarang kerana air biasa mempunyai takat didih yang rendah selain mempercapatkan proses pengaratan.

Minyak power stering
Minyak power stering perlu ditukar setiap 3 tahun atau pun setiap 80,000 KM.




Brek dan minyak brek
Pastikan paras minyak brek berada pada paras yang cukup. Penukaran pad brek bergantung kepada cara anda membawa kereta. Antara petanda brek kereta anda mempunyai masalah adalah bunyi bising atau getaran semasa anda menekan brek ketika memandu.

Air filter
Cadangan penukaran air filter adalah pada setiap 20,000 KM hingga 25,000KM. Air filter yang bersih dapat menjimatkan minyak dan mengurangkan pengeluaran gas berbahaya.

*Semua cadangan yang diberikan adalah secara umum dan bergantung kepada pengeluar kereta dan kualiti komponen yang ditukar


No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Blog www.ShafiqRaduan.com | 2013-2024