Emosi Pelanggan Mempengaruhi Jualan Ke ?

Teknik Emosi : Mainkan emosi si pembaca sepenuhnya.

Teknik kali ini  adalah sentiasa mencari ayat yang mampu menyentuh emosi si pembaca. Katakan anda sedang menjual sebuah kereta. Apa yang patut anda tumpukan ketika menulis ayat jualan adalah menulis sesuatu yang boleh membawa si pembaca untuk membeli kereta yang anda jual.

p/s : Gambar hiasan, ihsan pakcik Google
  • Jangan lakukan perkara di bawah :

Miliki kereta yang di lengkapi dengan engin bertaraf dunia dan termaju di abad ini.

  • Lakukan perkara di bawah:

Bawa teman wanita anda berjalan-jalan dengan kereta yang cantik dan canggih.


Jika anda menggunakan ayat pertama dalam surat jualan anda, anda akan lingkup kerana pembaca tidak mahu tahu mengenai engin tetapi mahu tahu apa faedah produk ini kepada mereka.

Gunakan ayat yang mampu membuatkan si pembaca untuk berangan-angan sejenak. Contohnya ketika anda menjual produk kuruskan badan, anda boleh gunakan ayat di bawah.
  • Jadi kurus dengan produk ini dalam masa 10 hari dan kejutkan jiran anda dengan badan baru yang anda miliki.
Ayat yang membentuk imej di dalam kepala mampu menjadikan si pembeli tergerak untuk membeli produk yang anda jual kerana mereka membeli bukan kerana mereka perlu tetapi kerana mereka memang inginkannya.

Tips ini dibawakan khas oleh Fiqmall Store

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Blog www.ShafiqRaduan.com | 2013-2024