Perlukah Modal Besar Untuk Memulakan Bisnes ?

>> “Dia modal besar, boleh lah berjaya cepat! Aku ni nak beli barang dapur pun kena bercatu.”<< 

Ini biasa yang kita dengar dalam kalangan masyarakat tak kira kat mana skali pun bahkan di kedai kopi pun orang masih bercakap pasal modal berniaga !

Ya, saya tak nafikan, siapa yang mempunyai modal wang ringgit yang besar pastinya ada kelebihan berbanding dari yang sikit modalnya.


Tapi, tahukah anda, modal besar saja tak menjanjikan keuntungan yang besar. Lihat saja di sekeliling anda, berapa ramai usahawan yang gagal walaupun modalnya besar.


Ramai yang akhirnya terpaksa menanggung beban hutang yang tinggi! Yakinlah, diri anda sendiri adalah modal utama dalam apa jua perniagaan yang anda usahakan. 

Duit hanyalah duit, duit tiada akal. Anda yang mengurus dan mengawal duit itu. 

Oleh itu, sebelum anda terlalu mencuba untuk mencari modal wang ringgit yang besar, apa kata, tingkatkan  dulu ‘nilai’ diri anda. Kenapa? Supaya diri anda sendiri menjadi modal utama dalam perniagaan, bukan wang ringgit semata-mata.

Bagaimana caranya? 

Pergilah menuntut sebanyak ilmu dari mereka yang berpengalaman. Knowledge is POWER. Tips ini dikongsikan oleh Pengasas Mz Secret, FB : Muhammad Zukermi

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Blog www.ShafiqRaduan.com | 2013-2024