Dari ABS: Fokus pada produk & Fokus pada pelanggan
Dalam teori bisnes lama, kita disuruh fokus kepada produk.
Fikirkan produk, produk, produk....
+ Fikirkan produk apa yang hendak dijual.
+ Fikirkan produk apa yang kita hendak buat.
+ Fikirkan apa bahan yang hendak digunakan.
+ Fikirkan di mana hendak belajar membuatnya.
+ Fikirkan nama produk.
+ Fikirkan kuasa-kuasa ajaib yang ada pada produk itu.
+ Fikirkan orang lain sudah membuat macam produk itu ataupun
belum.
Lalu banyaklah kursus dijalankan yang mengajar peniaga
Melayu membuat produk itu, dan produk ini.
Lalu banyak penjual mesin-mesin itu dan ini yang diperlukan
bagi mengeluarkan produk-produk itu. Lalu banyaklah mesin-mesin itu dibeli oleh
peniaga Melayu.
Macam-macam produk dibuat oleh peniaga Melayu.
Hasilnya, kita dapat tengok banyaknya produk yang tidak
pernah wujud sebelumnya, sekarang ini sudah dikeluarkan oleh syarikat-syarikat
Melayu.
Dalam teori bisnes baru, kita disuruh fokus kepada
pelanggan. Fikirkan pelanggan, pelanggan, pelanggan....
+ Pelanggan mahu apa?
+ Apa masalah pelanggan?
+ Apa yang menyusahkan pelanggan?
+ Apa citarasa pelanggan?
+ Apa keinginan pelanggan?
+ Apa ketakutan pelanggan?
+ Pelanggan mahu yang macam mana?
+ Pelanggan tidak suka apa?
Selepas kita dapat menjawab persoalan-persoalan itu, barulah
kita fikirkan produk yang macam apa yang kita mahu tawarkan kepada pelanggan.
+ Ada produk kopi campuran keluaran syarikat Melayu. Di luar
kotaknya disenaraikan 22 bahan yang digunakan dalam kopi itu. Salah satu bahan
itu adalah susu kuda liar!!!
+ Ada seorang gadis Melayu di Utara. Dia baru berusia 22
tahun. Selepas menghadiri kursus-kursus produk, dia berjaya mengeluarkan
produk-produk kecantikannya sendiri! Baru 22 tahun sudah menjadi pakar
kecantikan.... Hutang bank berpuluh ribu. Geran tanah bapa menjadi cagaran
pinjaman bank. Harga jualannya tidak masuk akal. Stok tidak bergerak. Bunga
pinjaman bank tiap-tiap hari semakin menokok.
Tips Ini Dibawakan Oleh Ainon Mohd, Founder PTS
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!