Sejarah Penubuhan Sendayu Tinggi

Sejarah Sendayu Tinggi

p/s : Gambar Puan Rozita

Diasaskan oleh Puan Rozita Ibrahim dengan modal sebanyak RM400.00 sebagai permulaan dengan memasarkan produk Enigma Beauty. Pembungkusan dan penghasilan produk dilakukan kecil-kecilan bersama anak-anak di rumah dan dijual kepada rakan-rakan dan keluarga terdekat.




Setelah mendapat modal, beliau memulakan pengeluaran produk pelangsingan yang menggunakan diri sendiri sebagai testimoni terawal. Ia melonjakkan nama Sendayu Tinggi pada ketika itu yang merupakan antara pelopor herba terawal di Malaysia.

Kini Sendayu Tinggi memiliki lebih dari 400 jenis produk pelbagai pilihan dari herba, penjagaan wajah dan tatarias diri di dalam sebuah butik ekslusif. Sendayu Tinggi mereka cipta produk termasuk dari formulasi produk, design, idea dan pemasaran hingga kepada pengguna.

Penubuhan Sendayu Tinggi Manufacturing pada tahun 2004

Pada tahun 2000-2004, pengeluaran produk sendayu dilakukan oleh 2 pengilang kontrak iaitu Pollens Sdn Bhd & Ganoderma Nutriceuticals.

Kini STM mampu untuk menjalankan beberapa pengeluaran yang terdiri daripada kapsulling, blistering, sacheting. STM juga dalam proses penambahan pengeluaran bagi tabletting, oil dan liquid filling.

Pernah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan kebersihan dan lanskap terbaik di seluruh selangor anjuran MPK.

Mendapat keputusan BAIK selama 3 tahun berturut-turut bagi pemeriksaan pengawalan kesihatan kakitangan dan jentera oleh JKKP (Jab. Kes. Keselamatan Pekerja)

Mendapat keputusan memuaskan 2 tahun berturut-turut daripada KKM (sejak 2008-2010), pemeriksaan mematuhi Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan didalam proses untuk mendapatkan HACCAP dan ISO.

Permintaan untuk melawat STM tinggi yang kebanyakannya daripada badan kerajaan seperti, PUSPITA, PUTERI UMNO, dan badan-badan persatuan daripada IPT.

Pilihan bagi pelajar lepasan Universiti menjalankan latihan praktikal selama 5bulan pada setiap tahun.

STM menjadi lokasi pengambaran drama bersiri terbitan RTM pada tahun 2010 lakonan Alice Woo, Rosnah Johari, Shahrudin Tamby, Faizal Hussin dan lain-lain pelakon tempatan.

Penubuhan Outlet Serta Perancangan Sendayu Tinggi

Pada tahun 2009 Sendayu Tinggi seudah mula meluaskan empayar perniagaan dengan mendaftar sistem pemasaran single level kepada perlesenan sebelum francais.

Butik Sendayu Tinggi yang pertama ialah Nusa Bestari ditubuhkan pada 19/11/2009

Pada ogos 2012 Sendayu Tinggi memliki 27 buah outlet seluruh Malaysia dengan keahlian melebihi 50,000 orang setelah hamper 2 tahun diperkenalkan

Outlet sasaran seluruh Malaysia sebanyak 300 buah dan memiliki Francais di luar Negara.

Sasaran ingin menjadi satu-satunya produk bumiputera yang berkualiti serta dibanggakan oleh rakyat Malaysia.

Sendayu Tinggi Enter. 1998-1999

1997-1998 – ST ditubuhkan dan sedang menjalankan 'Research & Trial Market' serta pendaftran produk.
Mula ditubuhkan pada tahun 1998 melalui Sendayu Tinggi Enterprise.

1999- Lokasi pertamanya - di Tingkat 3, di Plaza MPK dengan keluasan pejabat kira-kira 300 kaki persegi dan di kongsi bersama salon yang membuat rawatan wajah.

2000- Kemudian Sendayu Tinggi Enterprise bertukar lokasi di Tingkat 3 dengan keluasaan lebih 2000 kaki persegi di Plaza MPK dengan bilangan staf meningkat menjadi 12 orang.

2001 – Pn Rozita membeli bangunan yang terletak di Bandar Bukit Tinggi Klang dan berpindah ke sana pada tahun 2002.

Antara anak syarikat Sendayu Tinggi :

- Sendayu Tinggi Holdings Sdn. Bhd.
- Sendayu Tinggi Corporation (M) Sdn Bhd.
- Sendayu Tinggi Body & Skincare (M) Sdn Bhd.
- Sendayu Tinggi Corporation (M) Sdn. Bhd.
- St Cosmetics & Fragrances (M) Sdn. Bhd.
- St Advertising Agency Sdn. Bhd.
- C Max Exhibition & Promotion Sdn Bhd.
- Sendayu Tinggi Properties & Management Sdn. Bhd.
- Sendayu Tinggi Logistic (M) Sdn. Bhd.
- Sendayu Tinggi Manufacturing (M) Sdn. Bhd.
- Jamu Ratu Malaya.

Sumber : Website Sendayu Tinggi
......
P/S:
Kalau korang nak buat produk sendiri macam Sendayu Tinggi boleh rujuk sini .Saya syorkan anda baca disini : Klik, - Produk Jenama Sendiri

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Blog www.ShafiqRaduan.com | 2013-2024