Ramai yang tak sedar sebenarnya ada TIGA jenis aset yang terlibat SECARA LANGSUNG dengan bisnes ONLINE kita iaitu :
1) Duit
Duit yang kita dapat (setelah ditolak kos) hasil jualan produk merupakan aset kita...Of course kita boleh kembangkan aset ini dengan beli emas, saham, hartanah dan sebagainya...Tapi itu semua offline (secara tidak langsung).
2) Aset Pinjaman
Blogspot, fanpage, group dan lain-lain medium percuma yang kita gunakan untuk bisnes juga merupakan aset...tapi ia hanya aset sementara sebab ia bukan hak milik mutlak kita...Anytime aset nie boleh ditarik semula oleh servis provider jika merika lingkup atau jika kita terlanggat term & cons serta limit mereka tanpa kita sedari.
Walaubagaimanapun aset nie tak boleh dipandang rendah sebab saya sendiri pernah jual aset jenis ini dengan harga 4 angka...Selain itu, pernah juga client saya dapat offer daripada individu tertentu untuk beli fanpage mereka dengan harga RM85k...Dan pernah juga seorang individu hubungi saya untuk mintak pendapat saya berkenaan fanpage yang beliau nak beli dengan harga RM40k.
So ini membuktikan bahawa aset jenis ini juga mampu menarik keuntungan besar walaupun hakikatnya aset ketagori ini "kurang selamat".
3) Aset Mutlak
Website, list, platform, apps, script dan segala benda yang dibangunkan oleh kita sendiri (bukan servis percuma developer lain) merupakan jenis-jenis aset mutlak.
Aset ini sangat-sangat penting dalam bisnes online, tapi ramai yang abaikan.
Cuba anda bayangkan berapa harga kalau anda nak beli Facebook, Twitter dan sebagainya? Mungkin akan cecah trillion dollar!
Cuba anda bayangkan berapa pula harga jika anda nak beli WangCyber, Carigold, Beautifulnara, Mudah dan sebagainya? Mungkin cecah jutaan ringgit.
So, sebab itu kita tak boleh abaikan aset mutlak...Selain harganya mahal bila dijual, ia juga mampu memberikan keuntungan berulang tanpa direct kos.
Sebagai contoh anda ade list...Dengan list, anda boleh promote pelbagai jenis produk secara berterusan selagimana subscriber tidak unsubscribe...Kos untuk mendapatkan seorang subscribe mungkin RM1...Tapi keuntungan yang bakal kita dapat daripada seorang subsriber tersebut mungkin 3-4-5 angka...Ini yang saya dah lalui...Mesti client saya senyum baca statement nie..
Berbanding dengan fb ads, adword dan sebagainya, kos anda berterusan untuk dapatkan prospek walaupun prospek tersebut merupakan prospek yang sama.
Begitu juga jika anda ade website yang baik SEO nya...Trafik akan datang mencurah-curah tanpa perlu keluarkan sebarang kos tambahan.
Ini tak ambil kira soal kreadibiliti dan sebagainya lagi...Pendek kata, aset jenis ini memang SANGAT-SANGAT PENTING!
Tips ini dikongsi oleh rakan usahawan saya FB : As Aziz
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!