Tips dan Panduan Membeli Belah Secara Online
Saya dapati ada di antara anda masih baru dan merasa ragu-ragu untuk membeli secara online. Dibawah saya kongsikan beberapa tips dan panduan membeli belah secara online untuk rujukan bersama :
✔STATUS PENJUAL
- Sila pastikan anda semak terlebih dahulu status penjual sama ada masih lagi aktif ataupun tidak lagi. Juga pastikan penjual memaparkan maklumat mereka seperti nama penjual, no telefon untuk dihubungi ataupun alamat tempat mereka berniaga. Jika ada SSM borang pendaftaran perniagaan, maka kita yakin boleh berurusan dengan mereka. Sebelum membeli, cuba hubungi penjual melalui sms paling cepat, emel dan platform lain lagi
✔KOMEN, FEEDBACK dan ULASAN
- Sila baca komen-komen, feedback ataupun ulasan yang diberikan oleh pelanggan kepada penjual sebelum ini. Samada ianya ulasan yang memuaskan atau tidak. Bab ulasan ni kita boleh tengok facebook atau website jualan mengenai komen-komen pembeli terdahulu. Jika ada, boleh lawati mana-mana forum perbincangan.
✔TRACKING ID
- Setelah urusan membeli selesai, sila pastikan penjual memberi anda Tracking ID (no tracking kurier cth : EF 174589848 MY) untuk rujukan anda. Ianya memudahkan untuk anda mengesan barangan anda. Biasanya, selepas anda membeli, wajib minta trekking number pos untuk memudahkan anda menyemak status barangan anda berada dimana sebelum sampai ke destinasi. Dengan adanya trekking number, mudah untuk rujukan di kemudian hari jika berlaku barang tak sampai. Sekarang moden, trekking number boleh semak online sahaja.
✔RESIT atau BUKTI PEMBAYARAN
- Akhir sekali sila simpan resit ataupun bukti pembayaran anda (Slip bank in / transfer) untuk kegunaan jika anda ingin menebus kembali barangan yang anda beli jika terdapat kerosakan ataupun kesilapan.
Tips yang saya ulas itu pun boleh digunakan untuk elakkan ditipu. Lagi satu, berhati-hati dengan amaun transaksi yg besar terutamanya baru pertama kali membuat transaksi.
Dan Berhati-hati juga jika harga yg ditawarkan oleh penjual tu jauh terlalu murah bebanding harga pasaran.
Sekian tips saya !
Pemanggang Ajaib Happycall Frying Pan
"ALAMAK!! LAUK PAUK LAMBAT MASAK PULAKK"..
Anda Suri Rumah Yang SIBUK ? Selalu Memasak Kat Dapur TAPI Makanan Lambat Nak Masak? Hurmm. Anak-anak Duk Menunggu Nak Makan DGN En Suami..
KINI.. Beralihlah Kepada Pemanggang Moden HAPPYCALL. Bukan Sahaja Makanan Cepat Masak Malah Kesegaran Makanan TERJAMIN !!