Gunakan Google Webmaster Tools
Hari
ini, apabila seseorang pengguna mahu mencari maklumat tentang sesuatu
produk atau tentang sesebuah syarikat perniagaan. Mereka akan pergi ke
google terlebih dahulu dan membuat carian menerusinya.
Disebabkan
itu, jika anda hanya sekadar mempunyai website sahaja, tetapi ianya
tidak dapat dijumpai menerusi carian di google, ianya adalah sesuatu
yang merugikan.
Terdapat
banyak cara untuk memastikan website anda dijumpai oleh pihak google,
tetapi disini, saya ingin berkongsikan satu cara yang paling mudah dan
paling pasti untuk membolehkan website anda di jumpai di google dan
seterusnya di simpan di dalam senarai database google.
Caranya... gunakan "Google Webmaster Tools" yang disediakan oleh pihak google di http://www.google.com.my/ webmasters/
Menerusi
Google Webmaster Tools ini, anda boleh hantar sitemap website anda,
melihat status keselamatan website anda, mengetahui berapa banyakkah
halaman yang sudah diindeks oleh pihak google dan bermacam lagi.
Jadi,
usah membuang masa lagi, pergi ke halaman tersebut, login menggunakan
akaun google anda dan mula senaraikan website anda di Google.
Sekian sahaja tips untuk kali ini.
Semoga bertemu lagi di email yang akan datang.
Tips ini dibawakan oleh Mohd Suhaimy, Admin WC
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!